
Nama saya Nur Syazwani bt Shuhaiza. Saya berusia 18 tahun dan merupakan seorang pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan.Saya dilahirkan pada tiga Ogos 1998 di sebuah hospital yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan merupakan anak pertama dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan saya di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya dan telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan disusuli dengan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah, ibu, dan adik yang membentuk keluarga saya. Ayah dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap menyayangi saya dan menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya.
Saya juga mempunyai dua orang adik perempuan dan dua adik lelaki. Adik perempuan saya berumur 17 tahun, diikuti adik lelaki saya berumur 15 tahun, adik perempuan berumur 12 tahun, dan akhir sekali adik lelaki berumur 10 tahun. Kami telah dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan,ayah saya akan menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami. Saya dan adik-beradik saya boleh dikatakan sebagai individu yang memiliki sikap degil atau keras kepala. Namun begitu, jika dilihat dari perspektif yang positif, kami boleh dianggap sebagai individu yang berpendirian tegas.
Selain itu,saya merupakan seorang yang berkeyakinan tinggi. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu,doa turut menjadi faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha yang diambil perlu disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi.
Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara sistematik. Oleh itu,saya akan menjalani aktiviti harian saya berpandukan jadual harian yang telah saya sediakan. Hal ini juga amat membantu saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu. Justeru,saya dapat mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula,pengurusan masa yang baik amat penting kepada saya yang memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Pada masa senggang,saya gemar membaca buku. Antara bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel,majalah,dan buku-buku fiksyen. Saya gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila membaca. Selain itu,saya amat suka melayari internet dan membaca untuk mengumpul maklumat mengenai kerjaya profesional yang mungkin akan saya ceburi kelak. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sesuatu kerjaya sebelum menceburinya supaya saya akan dapat membuat keputusan mengikut minat saya.
Subjek kegemaran saya ialah Biologi. Saya meminati bidang sains dan bercita-cita untuk menjadi seorang Optometrist pada masa depan. Saya merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu supaya saya akan dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan akan sentiasa dihormati.
Waaahhhhh tahniah wani tahniah...akhirnya daku mngenali siapakah dirimu...smoga sgala usaha dn cita2 wani trcapai!!Aammiinnn!!gud luck wani!! n keep fighting!!hehehe
ReplyDelete💪💪👍👍
ReplyDelete💪💪👍👍
ReplyDelete