Life in Matrik

Tanda korang dah sampai Matrik negeri sembilan ni, first thing yang korang akan nampak adalah
papan tanda ni. Papan tanda ini memainkan peranan yang penting ☝️

Ni pula gambar surau KMNS. Surau ni akan penuh dan digunakan time orientasi selama seminggu yang penuh derita. Pada waktu malam, ada juga yang buat study group disini selain library. Kalau solat maghrib isyak tu adalah dalam 3/4/5 saff. selain itu, ada tempat peneduh jalan nak ke blok c. Blok C dekat je dengan surau. Tapi solat jumaat bukan kat surau ye. Solat jumaat korang kena jalan kaki around 500 meter from matrik pergi ke masjid yang bernama Masjid Saidina Ali.

Gambar ni pula adalah bangunan makmal. Makmal bio, fizik, kimia. Semua kelas amali dan tutorial sains akan buat dekat sini. Bangunan ini terdiri daripada 4 tingkat.Tingkat pertama dan kedua untuk makmal chemistry. tingkat ketiga untuk makmal biologi, dan tingkat keempat untuk makmal Fizik.

Gambar ni pula adalah asrama blok A, blok perempuan. Kat sini cuma ada 3 blok je. block A, B dan C. Blok A ngan C ialah blok perempuan dan blok B adalah blok lelaki. Blok yg paling best adalah blok A sebab dekat dengan Dewan Kuliah, Block Tutor, Block Unit, Perpustakaan dan lain-lain.

ini blok C (perempuan)

ini blok B (lelaki) berhadapan dengan surau Al-Muttaqin

ini pula kaki lima SETIAP ARAS blok

bantal dan katil disediakan.

meja belajar dan lampu belajar juga turut disediakan
No comments:
Post a Comment